Pages

Doa untuk orang sakit



 
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang ziarah orang sakit yang belum tiba ajalnya, lalu ia mengucapkan doa ini di sisinya sebanyak tujuh kali (yang bermaksud “Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan bagi ‘arasy yang agung, semoga Ia berkenan untuk menyembuhkanmu”) nescaya Allah SWT akan menyembuhkannya daripada penyakit itu. (HR Abu Daud dan Tirmizi).

Rasulullah saw. apabila menziarahi orang sakit atau orang yang menderita sakit itu di datangkan kepada baginda saw., Baginda mengucapkan (doa yang bermaksud): “Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).

Daripada Abu Sa’is al-Khudri, Nabi saw. bersabda, “Apabila kamu menjenguk orang sakit, maka hendaklah kamu beri harapan akan panjang umur. Kerana yang demikian itu, meskipun tidak dapat menolak takdir sedikit pun, tetapi dapat menyenangkan hatinya dan memberikan harapan untuk sembuh.” (HR Ibnu Majah dan Tirmizi).

sumber:http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2012/09/doa-untuk-orang-sakit.html

0 komentar:

Posting Komentar